MELARANG MEMBUKA TANAH BARU
SBUB melarang mereka membuka tanah baru mengakibatkan
mereka merasakan hak mereka terceroboh dan mengalami kekurangan beras .
MENGENAKAN CUKAI YANG MEMBEBANKAN
SBUB mengenakan pelbagai cukai yang membebankan seperti :
Cukai kepala 1 dolar setiap orang
Cukai tanaman pindah sebanyak 50 sen setiap ekar
Cukai sebatang pokok kelapa untuk minuman tuak sebanyak 25 sen
Cukai tangkapan ikan besar
Cukai memelihara anjing sebanyak satu dolar seekor
MENJADI BURUH PAKSA
Orang Murut dijadikan buruh paksa dengan tujuan untuk membina jalan di pedalaman dan memasang kawat telegraf antara Tenom dengan Rundum .
MENZALIMI KELUARGA
Suami isteri kaum Murut dikehendaki tinggal berasingan di sebelah menyebelah tebing sungai .
Jika mereka mempunyai dua anak , salah seorang akan diambil untuk dijadikan buruh paksa .
MENCEROBOH KAWASAN HUTAN
SBUB menceroboh hutan untuk membina jalan .
Kaum Murut membantah kerana mereka percaya pencerobohan akan menggangu roh nenek moyang mereka
No comments:
Post a Comment